Thursday, December 29, 2011

Kim Swee resah





SIKAP ‘membisu’ Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) berhubung jadual perlawanan dan juga gelanggang rasmi skuad Harimau Muda menjelang saingan Liga Singapura (Liga-S) musim depan menimbulkan tanda tanya jurulatih, Ong Kim Swee.

Menurut Kim Swee, setakat ini beliau masih belum menerima sebarang maklumat rasmi daripada FAS berhubung perkara itu walaupun difahamkan, saingan Liga-S bakal bermula pada 9 Februari depan.

Meskipun mengakui persiapan anak-anak buahnya tidak terjejas dengan situasi berkenaan, Kim Swee benar-benar berharap supaya FAS dapat menyalurkan maklumat itu kepadanya ataupun menerusi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan kadar segera.

“FAS masih tidak beritahu saya mengenai perkara itu, dengan FAM pun belum lagi.

“Saya harap semua urusan ini boleh diketahui dalam tempoh terdekat bagi memudahkan kami menyusun jadual memandangkan pemain Harimau Muda A akan beraksi pada Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah 22 tahun pada Jun tahun depan, selain menempuh baki kelayakan Olimpik Februari nanti.

“Bukan apa, saya tidak mahu ada sebarang pertindihan jadual nanti.

“Mungkin FAS sudah dimaklumkan mengenai jadual kita dalam pusingan kelayakan Olimpik, cuma saya bimbang mereka terlepas pandang mengenai kejohanan Piala AFC,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Skuad Harimau Muda A bakal bersaing dalam Liga-S selama empat musim hasil perjanjian persefahaman selama empat tahun di antara FAS dan FAM sebelum ini. Skuad itu akan dibarisi 28 pemain yang berusia bawah 22 tahun.

‘Sistem barter’ itu juga menyaksikan penyertaan pasukan Singapura yang dikenali sebagai Lions XII FC pada Liga Malaysia (Liga-M) musim depan yang begitupun menimbulkan rasa ‘kurang senang’ pemerhati bola sepak kerana menyenaraikan 10 pemain berusia lebih 23 tahun.

Bagi baki aksi kelayakan Kumpulan C temasya Olimpik Zon Asia nanti, skuad muda negara bakal berkunjung ke Bahrain pada 5 Februari tahun depan sebelum melayan kunjungan Jepun pada 22 Februari. Perlawanan terakhir berdepan Syria pada 14 Mac pula bakal diadakan di gelanggang berkecuali.

Ketika ditanya sama ada Stadium Yishun, Singapura yang berkapasiti 3,400 penonton mungkin menjadi gelanggang rasmi buat skuad Harimau Muda A nanti, Kim Swee juga enggan mengulas lanjut kerana masih belum dimaklumkan FAS.

“Tidak kisahlah beraksi di mana-mana stadium sekalipun, asalkan penyokong negara kita yang bekerja di sana hadir beramai-ramai memberikan sokongan kepada kami,” kata Kim Swee yang akan memanggil semula barisan pemainnya untuk berkumpul semula di Majlis Sukan Negara (MSN) pada 3 Januari depan.

Dalam pada itu, Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, sambil memberitahu, sebarang keputusan berhubung perkara itu akan diketahui hari ini.

Wednesday, November 2, 2011

Jual seekor ikan kerapu dapat untung RM16,000




IKAN GERGASI. Seorang nelayan tidak menyangka memperoleh wang sebanyak RM16,000 selepas kejayaan menangkap seekor kerapu gergasi semalam.
Ikan seberat 200 kilogram (kg) itu dipercayai ditangkap menggunakan pukat kira-kira tujuh batu nautika dari pantai Miri, Sarawak.
Kejayaan menangkap ikan itu menarik perhatian ramai termasuk seorang pemilik restoran yang membelinya pada harga RM16,000.
Spesies kerapu gergasi yang turut dipanggil sebagai kertang itu mampu membesar sehingga dua meter panjang dengan berat 400 kilogram dan mempunyai nilai pasaran mencecah RM70 sekilogram.

Bisa Messi


Lionel Messi


BINTANG Argentina, Lionel Messi hanya memerlukan 34 gol sahaja lagi untuk muncul selaku penjaring terbanyak kelab gergasi Sepanyol, Barcelona. Awal pagi semalam, Messi membuktikan ketajaman sentuhan penyudahnya apabila meledak hatrik bagi membantu Barcelona melakar kemenangan 4-0 ke atas Viktoria Plzen pada aksi Kumpulan H kempen Liga Juara-Juara.
Hatrik tersebut membolehkan Messi kini merekodkan 202 gol dalam 286 penampilannya bersama Barcelona. “Messi pasti mampu untuk memintas rekod (Cesar) Rodriguez untuk menjadi pemain paling banyak menjaringkan gol buat Barcelona. “Saya percaya ia bakal menjadi kenyataan dalam musim ini juga, usianya baru menjangkau 24 tahun,” kata jurulatih Barcelona, Pep Guardiola. Rodriguez yang juga bekas penyerang antarabangsa Sepanyol, masih memegang rekod sebagai penjaring terbanyak Barcelona dengan 235 gol yang dilakukannya pada musim 1942 hingga 1955.

Friday, October 28, 2011

Rangka manusia 16,000 tahun dihantar ke tapak asal




KAWASAN gua tempat penemuan rangka manusia berusia 16,000 tahun di Gua Bewah, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.


KUALA TERENGGANU – Rangka manusia berusia 16,000 tahun yang dipercayai rangka tertua pernah ditemui di negara ini akan dikembalikan ke tapak asalnya di Gua Bewah, Tasik Kenyir tidak lama lagi.
Pengarah Muzium Terengganu, Yusof Abdullah berkata, pihaknya sedang membuat persiapan terakhir berhubung urusan penghantaran rangka dikenali sebagai Bewah Man itu. Ia dijangka dilakukan pada akhir tahun ini.
Katanya, sekumpulan pakar tempatan dan ahli arkeologi kini sibuk membina satu bekas khas yang sesuai untuk menempatkan rangka manusia itu yang telah ditemui di Gua Bewah pada November tahun lalu.
“Penyelidikan ke atas rangka ini telah memasuki fasa terakhir dan selepas itu kita akan menghantarnya ke tempat ia ditemui.
“Kita juga akan pastikan rangka ini tidak diganggu dan sentiasa berada dalam keadaan baik,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.
Ditanya apakah jantina rangka itu, Yusof menjelaskan, sepasukan ahli arkeologi baru-baru ini telah menemui cebisan gigi ketika melakukan cari gali di Gua Bewah dan penemuan itu diharap akan dapat membantu untuk menentukan jantina rangka berkenaan.
“Ini adalah penemuan baru bagi Bewah Man namun kita akan melakukan lebih banyak ujian sebelum dapat menentukan jantina sebenar rangka yang dianggap tertua di negara kita,” jelasnya.
Yusof menjelaskan, setiap rangka yang ditemui di kawasan itu telah dihantar kepada pakar-pakar di Amerika Syarikat untuk penyelidikan lanjut.

Ibu kota Thailand 'dikepung' air bah



SEBUAH jeti yang rosak dilihat terapung di Sungai Chao Phraya. Banjir besar yang melanda memaksa pihak berkuasa Thailand mengarahkan penduduk supaya keluar dari Bangkok.-Reuters


BANGKOK - Puluhan ribu orang membanjiri stesen bas dan lebuh raya dalam usaha meninggalkan ibu kota Thailand, Bangkok ketika situasi banjir di sini semakin meruncing dengan arahan perpindahan pertama telah dikeluarkan.
Kota metropolis yang dihuni sembilan juta orang itu kini dikelilingi air banjir.
Setakat ini, banjir yang melanda Thailand sejak Julai lalu telah mengorbankan 373 orang di seluruh negara dengan kerugian mencecah berbilion-bilion dolar. Lapangan Terbang Don Muang iaitu lapangan terbang kedua terbesar di sini turut ditutup akibat banjir.
Setakat semalam, kebanyakan kawasan di Bangkok masih belum ditenggelami air. Namun, warga kota dilihat giat melakukan persediaan ekoran banjir kali ini yang tidak dapat dielakkan.
Gabenor Bangkok, Sukhumbhand Paribatra berkata, penduduk di dua daripada 50 daerah di sini iaitu Don Muang and Bang Phlat sudah diarah berpindah.
Kedua-dua daerah tersebut kini ditenggelami air banjir.

SEORANG lelaki mengayuh sebuah sampan ketika mengharung banjir di tengah-tengah kota Bangkok.-AFP


"Ini kali pertama saya menggunakan perkataan berpindah. Ini juga kali pertama saya meminta anda semua supaya beredar ke tempat lebih selamat," kata Sukhumbhand.
Di tempat-tempat lain di Bangkok, ribuan penduduk membanjiri terminal bas Mo Chit untuk meninggalkan bandar raya tersebut.
Kebanyakan mereka mengambil kesempatan cuti umum lima hari yang diisytiharkan oleh kerajaan bagi mengelakkan orang ramai terperangkap dalam banjir.
Cuti umum berkenaan yang bermula semalam hingga Isnin depan melibatkan kawasan-kawasan terjejas teruk akibat banjir termasuk Bangkok.
Sementara itu, peta satelit menunjukkan bandar raya itu kini 'dikepung' oleh air banjir.
Banjir yang melanda utara Thailand sejak Julai lalu sedang mengalir ke bandar raya ini dan menuju ke Teluk Thailand di selatan negara itu.
"Jumlah airnya amat besar," kata Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra.
"Sebahagian air banjir akan melanda Bangkok tetapi kita akan berusaha supaya banjir mengalir keluar dengan seberapa segera," tambahnya.
Menurut Yingluck, beberapa kawasan di sini mungkin ditenggelami air sedalam 10 sentimeter hingga 1.5 meter.

SEKUMPULAN penduduk menaiki sebuah trak untuk keluar dari Bangkok.


"Jika tiga tembok penghadang banjir di sini kekal utuh, situasi di Bangkok akan bertambah baik. Namun, jika benteng tersebut gagal, seluruh Bangkok akan dilanda banjir," ujarnya.
Sementara itu, pengeluar kenderaan dari Jepun, Toyota memberhentikan pengeluarannya pada Sabtu ini di empat buah kilang di Amerika Utara termasuklah Indiana, Kentucky, Ontario Kanada dan Virginia berikutan impak banjir di Thailand.
"Banjir di Thailand telah menyebabkan gangguan dalam pengeluaran beberapa pembekal di rantau itu. Kami masih belum pasti sama ada boleh memulakan pengeluaran pada Isnin (31 Oktober) atau sebaliknya. Kami akan memantau keadaan di sana," kata jurucakap Toyota, Amiko Tomita

Tuesday, October 11, 2011

Jawatan Kosong


Universiti Malaysia Kelantan (UMK) memerlukan individu yang boleh bekerja dengan pengawasan yang minimum (independent), bekerja dalam satu pasukan (teamwork), dinamik, kreatif dan inovatif untuk membangun universiti. Individu yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi jawatan-jawatan seperti berikut :-
1. Jurutera
2. Pegawai Tadbir
3. Penolong Pegawai Tadbir
4. Pembantu Makmal
5. Juruteknik
6. Pengawal Keselamatan
KLIK DI SINI UNTUK IKLAN JAWATAN
KLIK DI SINI UNTUK MEMOHON

Tarikh Tutup Permohonan : 15 Oktober 201








Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ditubuhkan pada tahun 1971 di bawah Kementerian Sumber Manusia untuk melaksana dan mentadbir Skim-skim Keselamatan Sosial di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969, iaitu Skim Insuran Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat. Di bawah skim-skim ini, pekerja diberi perlindungan berkaitan bencana pekerjaan termasuk kemalangan semasa menjalankan pekerjaan, penyakit khidmat, keilatan dan kematian.

Jawatan kosong yang ditawarkan :
1. Pegawai Perubatan Gred 28
2. Pegawai Perubatan Gred 27
KLIK DI SINI UNTUK IKLAN JAWATAN
KLIK DI SINI UNTUK BORANG PERMOHONANTarikh Tutup Permohonan : 17 Oktober 2011

Sunday, October 9, 2011

city ​​bicycle stroke kuantan



On Friday morning a program organized by the Pahang state tourism city kuantan stroke bikes were held on the field ..komunting kuantan estimated more than 150 people haveparticipated in this program. Various bicycle has joined no matterexpensive or cheap bike .. On 23 th of this program will be conducted in the same place .. it is aimed to attract tourists into thecity as he knew the beauty and kuantan places in town kuantan ..This program does not charge to the participants Participants willcome .. paddle as far as 10 km and will be assisted by the police ..it is not intended for competition, but it is more towards the casual...





Tuesday, October 4, 2011

Joseph, Yong muka baharu skuad negara




KHAIRUL FAHMI tetap diberi kepercayaan untuk menjaga gawang skuad negara.


JOSEPH Kalang Tie, Yong Kuong Yong adalah antara muka baharu yang berjaya mendapat tempat dalam skuad kebangsaan kendalian Datuk K. Rajagobal.
Skuad kebangsaan yang terdiri daripada 22 pemain itu diumumkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam dan mereka akan berlepas ke Australia minggu ini bagi mengadakan perlawanan persahabatan dengan Australia.
Aksi persahabatan itu dijadualkan berlangsung pada 7 Oktober ini (Jumaat) di Canberra.
Ia merupakan pertemuan pertama buat kedua-dua pasukan dalam tempoh 20 tahun.
Pemilihan Joseph dalam skuad tersebut bakal memberi banyak pilihan kepada Rajagobal untuk merancang kesebela- san utamanya, terutamanya di bahagian te- ngah yang turut membariskan Baddrol Bakhtiar.
Joseph beraksi dengan skuad Terengganu dalam saingan liga tempatan telah mempa- merkan aksi cemerlang dalam merencana- kan rentak permainan skuad Penyu.
Aksi konsisten yang dipamerkannya dalam saingan domestik itu berjaya memikat hati Rajagobal yang sememangnya mencari pemain tengah berkualiti.
Kuong Yong pula yang merupakan watak utama di jentera serangan skuad Kuala Lumpur memiliki tindakan penyudah yang tidak kurang hebatnya.
Kehadirannya dalam skuad kebangsaan sudah pasti membawa sinar baharu selain menjanjikan saingan sengit untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama.
Begitupun, dia perlu bersaing dengan Norshahrul Idlan Talaha dan Mohd. Safee Sali yang sudah membuktikan keistimewaan sebagai penggempur berbisa.
Turut disenaraikan dalam senarai 22 pemain itu ialah pemain veteran, Norhafiz Zamani Misbah yang turut mempamerkan aksi konsisten dalam liga domestik.
Khairul Fahmi Che Mat pula terus diberi kepercayaan untuk bertindak sebagai penjaga gawang.

Thursday, September 29, 2011

Tahukah Anda Apa itu Hudud?



Allah subhanahu wa ta’ala al-Hakiem (yang maha bijaksana) senantiasa menjaga hak-hak manusia dan menjaga kehidupan mereka dari kezholiman dan kerusakan. Syariat islam pun ditetapkan untuk menjaga dan memelihara agama, jiwa, keturunan, akal dan harta yang merupakan adh-Dharuriyat al-Khamsu(lima perkara mendesak pada kehidupan manusia). Sehingga setiap orang yang melanggar salah satu masalah ini harus mendapatkan hukuman yang ditetapkan Syari’at yang disesuaikan dengan pelanggaran tersebut.
Salah satunya adalah penegakan hudud yang menjadi satu keistimewaan ajaran islam dan merupakan bentuk kesempurnaan rahmat dan kemurahan Allah subhanahu wa ta’alakepada makhluknya.
Syaikhul Islam ibnu Taimiyah rahimahullah menyatakan:
“Hudud berasal dari rahmat untuk makhluk dan kebaikan mereka. Oleh karena itu, sudah sepatutnya orang yang menghukum manusia Karena dosa-dosa mereka bertujuan dalam melakukannya untuk kebaikan dan rahmat kepada mereka, sebagaimana tujuan orang tua membina anak-anaknya dan dokter dalam mengobati orang yang sakit.” (1)
PENGERTIAN HUDUD
Hudud adalah kosa kata dalam bahasa Arab yang merupakan bentuk jama’ (plurals) dari kata had yang asal artinya pembatas antara dua benda. Sehingga dinamakan had karena mencegah bersatunya sesuatu dengan yang lainnya. (2) Ada juga yang menyatakan bahwa kata had berarti al-man’u (pencegah), sehingga dikatakan Hudud Allah adalah perkara-perkara yang Allah larang melakukan dan melanggarnya (3).
Adapun menurut syar’i, istilah hudud adalah hukuman-hukuman kejahatan yang telah ditetapkan oleh syara’ untuk mencegah dari terjerumusnya seseorang kepada kejahatan yang sama dan menghapus dosa pelakunya. (4)
DELIK HUKUMAN KEJAHATAN (Jarimah al-Hudud)
Kitabullah dan sunnah Rasul-Nya sudah menetapkan hukuman-hukuman tertentu bagi sejumlah tindak kejahatan tertentu yang disebut jaraimu al-hudud (delik hukuman kejahatan).
Yaitu meliputi kasus; perzinahan, tuduhan berzina tanpa bukti yang akurat, pencurian, mabuk-mabukan, muharabah
(pemberontakan dalam negara Islam dan pengacau keamanan), murtad, dan perbuatan melampui batas lainnya. (5)
Dengan demikian Hudud mencakup 7 jenis:
  1. Had zina (hukuman Zina) ditegakkan untuk menjaga keturunan dan nasab.
  2. Had al-Qadzf (hukuman orang yang menuduh berzina tanpa bukti) untuk menjaga kehormatan dan harga diri
  3. Had al-Khamr (Hukuman orang yang minum Kamer (minuman memabukkan) untuk menjaga akal
  4. Had as-Sariqah (Hukuman mencuri) untuk menjaga harta
  5. Had al-Hiraabah (hukuman para perampok) untuk menjaga jiwa, harta dan harga diri kehormatan.
  6. Had al-Baghi (Hukuman pembangkang) untuk menjaga agama dan jiwa
  7. Had ar-Riddah (hukuman orang murtad) untuk menjaga agama. (6)
HIKMAH PENSYARIATAN HUDUD
Hudud disyaria’tkan untuk kemaslahan hamba dan memiliki tujuan yang mulia. Diantaranya adalah:
a. Siksaan bagi orang yang berbuat kejahatan dan membuatnya jera. Apabila ia merasakan sakitnya hukuman ini dan akibat buruk yang muncul darinya maka ia akan jera untuk mengulanginya kembali dan dapat mendorongnya untuk istiqamah dan selalu taat kepada Allah subhanahu wa ta’ala.
Allah subhanahu wa ta’ala berfirman:
“Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Qs. al-Maidah/5:38)
b. Membuat jera manusia dan mencegah mereka terjerumus dalam kemaksiatan, oleh karena itu Allah memerintahkan untuk mengumumkan had dan menerapkannya dihadapan manusia.
“Dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.” (Qs. an-Nur/24:2)
Syeikh ibnu Utsaimin t menyatakan bahwa diantara hikmah dari hudud adalah membuat jera pelaku untuk tidak mengulangi dan orang lain agar tidak terjerumus padanya dan pensucian dan penghapusan dosa. (7)
c. Hudud adalah penghapus dosa dan pensuci jiwa pelaku kejahatan tersebut. Hal ini ditunjukkan oleh hadits Ubadah bin Shamit radhiallahu ‘anhu, ia bertutur:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ وَحَوْلَهُ عِصَابَةٌ مِنْ أَصْحَابِهِ بَايِعُونِي عَلَى أَنْ لَا تُشْرِكُوا بِاللَّهِ شَيْئًا وَلَا تَسْرِقُوا وَلَا تَزْنُوا وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ وَلَا تَأْتُوا بِبُهْتَانٍ تَفْتَرُونَهُ بَيْنَ أَيْدِيكُمْ وَأَرْجُلِكُمْ وَلَا تَعْصُوا فِي مَعْرُوفٍ فَمَنْ وَفَى مِنْكُمْ فَأَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ وَمَنْ أَصَابَ مِنْ ذَلِكَ شَيْئًا فَعُوقِبَ فِي الدُّنْيَا فَهُوَ كَفَّارَةٌ لَهُ وَمَنْ أَصَابَ مِنْ ذَلِكَ شَيْئًا ثُمَّ سَتَرَهُ اللَّهُ فَهُوَ إِلَى اللَّهِ إِنْ شَاءَ عَفَا عَنْهُ وَإِنْ شَاءَ عَاقَبَهُ فَبَايَعْنَاهُ عَلَى ذَلِك
Sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata dan disekeliling beliau ada sekelompok sahabatnya, “Berjanji setialah kamu kepadaku, untuk tidak akan mempersekutukan Allah dengan sesuatu apa pun, tidak  akan mencuri, tidak akan berzina, tidak membunuh anak-anak kamu dan tidak berbuat dusta sama sekali serta tidak bermaksiat dalam hal yang ma’ruf. Siapa di antara kamu yang menepati janjinya, niscaya Allah akan memberikannya pahala. Tetapi siapa saja yang melanggar sesuatu darinya, lalu diberi hukuman didunia maka hukuman itu adalah sebagai kafarah (penghapus dosanya), dan barangsiapa yang melanggar sesuatu darinya lalu ditutupi olah Allah kesalahannya (tidak dihukum), maka terserah kepada Allah; Kalau Dia menghendaki diampuni-Nya kesalahan orang itu dan kalau Dia menghendaki disiksa-Nya.” (Muttafaqun ’alaih: Fathul Bari I/ 64 no: 18, Muslim 3/1333 no: 1709 dan Nasa’i 7/148)
d. Menciptakan suasana aman dalam masyarakat dan menjaganya.
e. Menolak keburukan, dosa dan penyakit dari masyarakat, karena kemaksiatan apabila telah merata dan menyebar pada masyarakat maka akan diganti Allah dengan kerusakan dan musibah serta dihapusnya kenikmatan dan ketenangan. Untuk menjaga hal ini maka solusi terbaiknya adalah menegakkan dan menerapkan hudud. Allahsubhanahu wa ta’ala berfirman:
“Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusi, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).” (Qs. ar-Rûm/30:41)
Sehingga Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
لَحَدٌّ يُقَامُ فِيْ الأَرْضِ أَحَبُّ إِلَى أَهْلِهَا مِنْ أَنْ يُمْطَرُوْا ثَلاَثِيْنَ صَبَاحًا
Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Satu hukuman kejahatan yang ditegakkan di muka bumi lebih penduduknya daripada mereka diguyurhujan selama empat puluh hari.” (Hasan ; Shahih Ibnu Majah no; 2057, Ibnu Majah 2/848 no : 2538, Nasa’I 8/76). (8)
SYARAT PENERAPAN AL-HUDUD (9)
Penerapan al-Hudud tidak dilakukan tanpa 4 syarat:
  1. Pelaku kejahatan adalah seorang mukallaf yaitu baligh dan berakal.
  2. Pelaku kejahatan tidak terpaksa dan dipaksa.
  3. Pelaku kejahatan mengetahui pelarangannya.
  4. Kejahatannya terbukti ia yang melakukannya tanpa ada syubhat. Hal ini bisa dibuktikan dengan pengakuannya sendiri atau dengan bukti persaksian orang lain.
HUKUM MENEGAKKAN HUKUMAN HAD
Diwajibkan kepada wali umur (penguasa) untuk menegakkan dan menerapkan hukuman Had kepada seluruh rakyatnya berdasarkan dalil dari al-Qur`aan, as-Sunnah dan Ijma’ serta dituntut qiyas yang shahih. (10)
Dalil al-Qur`aan diantaranya adalah firman Allah subhanahu wa ta’ala:
“Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Qs. al-Maidah/5:38)
Dalil as-Sunnah diantaranya adalah hadits Ubadah bin Shamit yang menuturkan bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
أَقِيمُوا حُدُودَ اللَّهِ فِي الْقَرِيبِ وَالْبَعِيدِ وَلَا تَأْخُذْكُمْ فِي اللَّهِ لَوْمَةُ لَائِمٍ
“Tegakkanlah hukuman-hukuman (dari) Allah pada kerabat dan lainnya, dan janganlah kecamanan orang yang suka mencela mempengaruhi kamu dalam (menegakkan hukum-hukum) Allah.” (Hasan: Shahih Ibnu Majah No. 2058 dan Ibnu Majah No. 2540)
Demikian juga ulama kaum muslimin sepakat atas hal ini.
TIDAK DIBENARKAN SYAFAAT (REKOMENDASI) PEMBEBASAN HUKUMAN, BILA SUDAH DIMEJA HIJAUKAN
Apabila perkaranya telah masuk ke pemerintah atau telah dimeja hijaukan maka dilarang adanya syafaat (rekomendasi) pembebasan atau pengurangan hukuman. Juga pemerintah tidak boleh menerima syafaat dalam hal ini. Hal ini dijelaskan Rasulullahshallallahu ‘alaihi wa sallam dalam hadits ‘Aisyah radhiallahu ‘anha yang berbunyi:
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّ قُرَيْشًا أَهَمَّهُمْ شَأْنُ الْمَرْأَةِ الْمَخْزُومِيَّةِ الَّتِي سَرَقَتْ فَقَالُوا وَمَنْ يُكَلِّمُ فِيهَا رَسُولَ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالُوا وَمَنْ يَجْتَرِئُ عَلَيْهِ إِلَّا أُسَامَةُ بْنُ زَيْدٍ حِبُّ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَكَلَّمَهُ أُسَامَةُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَتَشْفَعُ فِي حَدٍّ مِنْ حُدُودِ اللَّهِ ثُمَّ قَامَ فَاخْتَطَبَ ثُمَّ قَالَ إِنَّمَا أَهْلَكَ الَّذِينَ قَبْلَكُمْ أَنَّهُمْ كَانُوا إِذَا سَرَقَ فِيهِمْ الشَّرِيفُ تَرَكُوهُ وَإِذَا سَرَقَ فِيهِمْ الضَّعِيفُ أَقَامُوا عَلَيْهِ الْحَدَّ وَايْمُ اللَّهِ لَوْ أَنَّ فَاطِمَةَ بِنْتَ مُحَمَّدٍ سَرَقَتْ لَقَطَعْتُ يَدَهَا
“Dari Aisyah radhiallahu ‘anha bahwa kaum Quraisy sangat memusingkan mereka ihwal seorang perempuan suku Makhzum yang telah melakukan kasus pencurian. Mereka mengatakan, “Siapa yang bisa berbicara dengan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam(yaitu mengemukakan permintaan supaya perempuan itu dibebaskan)?” Tidak ada yang berbicara hal itu, kecuali Usamah kesayangan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan Beliau menjawab, “Adakah  engkau hendak menolong supaya orang bebas dari hukuman Allah?” Kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berdiri lalu berkhutbah, “Hai sekalian manusia, orang-orang sebelum kamu menjadi sesat hanyalah disebabkan apabila seorang bangsawan mencuri, mereka biarkan (tidak melaksanakan hukuman kepadanya. Demi Allah, kalaulah seandainya Fathimah binti Muhammad mencuri, niscaya Muhammad memotong tangannya.” (Muttafaqun ’alaih)(11)
Dalam hadits yang mulia ini Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengingkari orang yang member syafaat dalam hukuman had setelah sampai ke pemerintah. Adapun bila belum sampai maka diperbolehkan.
Syaikhul Islam ibnu Taimiyah rahimahullah menuturkan:
Tidak boleh menggagalkan (hukuman had) dengan syafaat, hadiah dan yang lainnya dan tidak boleh memberikan syafaat padanya. Siapa yang menggagalkannya karena hal ini –padahal ia mampu menerapkannya- maka semoga laknat Allah, malaikat dan semua manusia menimpanya.(12)
PIHAK YANG BERWENANG MELAKSANAKAN HUDUD
Tak ada yang berwenang  menegakkan hudud, kecuali imam, kepala negara, atau wakilnya (aparat pemerintah yang mendapat tugas darinya). Sebab, di masa Nabishallallahu ‘alaihi wa sallam, Beliaulah yang melaksanakannya, demikian pula para Khalifahnya sepeninggal Beliau. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah juga mengutus Unais radhiallahu ‘anhu untuk melaksanakan hukum rajam, sebagaimana dalam sabdanya shallallahu ‘alaihi wa sallam:
وَاغْدُ يَا أُنَيْسُ إِلَى امْرَأَةِ هَذَا فَإِنْ اعْتَرَفَتْ فَارْجُمْهَا
“Wahai Unais, berangkatlah menemui isteri orang itu, jika ia mengaku (berzina), maka rajamlah!” (HR al-Bukhaari no. 2147)
Demikian juga memerintahkan para sahabat untuk merajam Maa’iz, dengan menyatakan:
اذْهَبُوا بِهِ فَارْجُمُوهُ
“Bawalah ia dan rajamlah.” (HR al-Bukhaari no. 6815)
Demikian juga karena penentuan hukuman had dibutuhkan ijtihad dan tidak aman dari kezholiman, sehingga wajib dilaksanakan oleh imam atau wakilnya. (13)
LAKI-LAKI DAN PEREMPUAN SAMA DALAM HUDUD?
Wanita dalam penerapan hukuman had sama seperti lelaki, karena pada asalnya semua yang ditetapkan syari’at untuk lelaki juga berlaku pada wanita sampai ada dalil yang mengkhususkannya. Hal ini umum berlaku dalam ibadah, mu’amal ataupun dalam hukuman. Namun para ulama memberikan 3 pengecualian, yaitu:
a. Wanita dihukum dengan duduk sedangkan lelaki dengan berdiri.
b. Pakaian wanita diikat sedangkan lelaki tidak.
c. Jangannya di tahan (diikat) hingga tidak terbuka auratnya, sedangkan lelaki tidak.(14)
Syeikh ibnu Utsaimin rahimahullah menyatakan: Inilah yang membedakan wanita dengan laki-laki dalam had karena kebutuhan menuntutnya. Kalau tidak maka pada asalnya wanita sama dengan lelaki.(15)
Demikianlah selintas permasalahan hudud dalam islam. Mudah-mudahan dapat memberikan pencerahan kepada kaum muslimin tentang keindahan dan kelengkapan syari’at islam.
Wabillahitaufiq.
Referensi:
1. Asy-Syarhu al-Mumti’ ‘Ala Zad al-Mustaqni’, Syeikh Muhamad bin Shalih al-Utsaimin, cetakan pertama tahun 1428, Dar Ibnu al-Jauzi
2. Fat-hu Dzi al-Jalal wa al-Ikram, Syeikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin, cetakan pertama tahun 1428 H, al-Maktabah al-Islamiyah.
3. Al-Mulakhash al-Fiqh, Prof.DR. Sholeh bin Abdillah alfauzaan, cetakan pertama tahun 1423 H, Idârat al-Buhuts al-Ilmiyah wa al-Ifta`
4. Taudhih al-Ahkam min Bulugh al-Maram, Syeikh Abdullah bin Abdurrahman al-Basâm, cetakan kelima tahun 1423 H, Maktabah al-Asadi.
5. Manhaj as-Salikin Wa Taudih al-Fiqhu Fiddin, Syeikh Abdurrahman bin Naashir as-Sa’di, tahqiq Muhammad bin Abdulaziz al-Khudhairi, cetakan pertama tahun 1421 H, Dar al-Wathan
6. Dll.
Penulis: Ustadz Kholid Syamhudi, Lc.

FAM sedia bantu



SAFEE SALI



PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) berjanji akan berusaha membantu pemain negara, Mohd. Safee Sali menyelesaikan masalah permit kerja dan visa sekiranya penyerang sensasi kebangsaan itu mendapat tawaran beraksi bersama kelab England, Cardiff City.
Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengakui, memang agak sukar untuk Safee mendapatkan permit kerja dan visa berikutan peraturan yang telah lama dilaksanakan.
Begitupun ujarnya, masih ada peluang untuk menyelesaikan masalah terbabit melalui budi bicara antara FAM, Cardiff City dan juga Persatuan Bola Sepak England.
“Memang susah sebab kalau kita minta longgarkan syarat, takut ramai pula orang lain yang merungut tetapi kita boleh guna budi bicara.
“FAM sentiasa sokong hasrat Safee dan saya harap, Cardiff City melalui pemiliknya, Datuk Chan Tien Ghee dapat menyediakan satu mekanisme terbaik buatnya.
“Saya difahamkan pengurus pasukan, Malky Mackay nampak berminat dengan bakat yang ada pada Safee,” katanya selepas majlis perasmian Kejohanan Hoki Bawah 21 tahun Piala Sultan Johor di Johor Bahru semalam.
Kosmo! sebelum ini melaporkan Safee mengalami kesukaran bagi menyarung jersi Cardiff gara-gara masalah permit kerja.
Antaranya termasuklah ranking Malaysia yang ketika ini begitu jauh daripada syarat kelayakan kelompok 70 pasukan terbaik Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) selain perlu beraksi lebih 75 peratus dalam perlawanan berstatus A ketika mewakili pasukan kebangsaan.
Sementara itu, Tien Ghee mengesahkan Safee akan menjalani ujian kedua dalam tempoh terdekat dan akan mengadakan perbincangan dengan kelab yang diwakili Safee, Pelita Jaya untuk membawa pemain kebangsaan itu ke Cardiff City.
"Safee harus kembali ke Pelita Jaya memandangkan saingan Liga Super Indonesia akan bermula tidak lama lagi dan saya akan mengadakan pertemuan dengan pengurusan kelab berkenaan untuk mendapatkan tarikh sesuai bagi membawa Safee menjalani latihan kedua," kata Tien Ghee.