Thursday, February 24, 2011

orang islam perlu pikir

apa nak jadi kepada negara islam sekarang..gaduh sesama sendiri hingga menyebabkan berlaku pembunuhan yang ramai..sepatutnya orang islam haruslah menunjukkan contoh kepada orang lain.ini tidak merebut harta dan kuasa..mungkinkah tanda-tanda hari hampir kiamat..Nabi s.a.w telah menyatakan bahawa tanda-tanda hari kiamat ialah orang islam mempunyai sumber kekayaan yang banyak tetapi akan berlaku pembunuhan beramai-ramai dalam merebut kekayaan tersebut. kini kita boleh lihat seperti di iraq ,mesir dan libya. pertukaran kerajaan yang lama ke baru adalah sesuai ,ia kerana boleh menggelakkan berlaku rasuah , kuasa mutlak , kelaparan atau penggangguran. tetapi ia haruslah berjalan dalam keadaan yang baik dan aman.. janganlah sampai menembak masjid atau manusia..apabila kita gaduh sesama sendiri , orang luar akan mengambil kesempatan terhadap kita..kita ambik contohnya kat libya. Amerika sudah sedia ingin menghantar tentera ke sana kerana terdapat sumber gas dan minyak yang banyak. bila mereka menjaga keamanan mesti mereka ingin mendapat pulangan terhadap kerja yang mereka lakukan. oleh itu kita perlulah pikir disebalik itu..lebih-lebih apa yang akan berlaku hari ahad ini di ibu kota..jangan lah terpengaruh dengan apa yang berlaku nanti..keamanan kita haruslah dijaga demi negara kita

Wednesday, February 23, 2011

pahang vs perak

mari semua anak jati pahang ke stadium darul makmur..penuhi lah setiap sudut stadium tersebut bagi memberi galakkan kepada para pemain pahang..mari kita buktikan bahawa stadium pahang boleh menarik ramai penonton dan setaraf dengan penyokong kelantan dan t'ganu..biar pemain dapat merasakan pengalaman seperti bermain di peringkat akhir..pasukan pahang kebanyakkan pemain muda.saya bukan anti mana-mana pasukan..tapi ingin menaikkan rasa cinta kepada pasukan negeri..siapa lagi akan menyokong pasukan pahang klu bukan anak jati negeri pahang lagi..marilah kita pergi ke stadium..jika siapa ingin ke stadium untuk melihat pasukan ini bermain..komen lah di sini..bangkitkan semangat tok gajah

Monday, February 21, 2011

kat rasa mas

ini semasa aku nak makan pagi.. aku rasa macam aku pegawai kerajaan pulak masa 2.bila pulak aku nak jadi pegawai kerajaan..kakakaakkah

Sunday, February 20, 2011

xsabar rasanya

mgu depan adalah mgu padat dengan aksi bola sepak..ini antara pasukan negara dengan pakistan dan juga arsenal dan barca..siapa kah yang lebih kuat dalam perlawanan tersebut..minta-minta keempat-empat pasukan tersebut akan mengamalkan corak perlawanan pantas dalam usaha mencari kemenangan dan penonton merasa terhibur..saya akan yakin malaysia akan menang 2-0 dan arsenal 1-0...hidup malaysia dan arsenal

Friday, February 18, 2011

bahagia aku tadi

bahagia aku tadi...xblh tahan aku melihat beliau, beliau nmpk comel sgt..kadang2 aku curi pandang beliau tadi..adakah beliau tahu atau tidak.aku tidak kisah..klu boleh ku ingin menyatakan bahawa dia comel.hehehe.biarlah dia klu dia tahu..dia telah membuat hati aku keliru.demi alllah aku rasa sayang sangat beliau tapi apakah daya bagi aku..ku cuma dapat melihat saja..hehehe
aku akan mencari yang lebih baik dalam hidup ku walaupun lama lagi untuk ku mendapatkan-Nya. orang ada menyatakan bahawa bila kita bersabar akan dapatnya..ku akan bersabar bahawa sabar itu separuh dari iman..

Thursday, February 17, 2011

rasa mas

hari ini aku makan kat rasamas roaster rice dan spaghetti bolognaise..sungguh sedap sampai aku kenyang..tidak tahan rasanya bila sudah penuh perut..rasa malas nak balik rumah..sehingga orang tersayang mengajak balik..besok aku hendak pergi lagi

Wednesday, February 16, 2011

hahahahaha

hari ini arsenal dah tewaskan barca..hari yang paling manis bagi penyokong arsenal kerana dapat menewaskan pasukan paling bagus di dunia..ini kerana terdapat pemain paling bagus di dunia iaitu messi..ini juga moral bagi pasukan arsenal dalam menghadapi liga serta akhir piala carling

Monday, February 14, 2011

hari mulia

15 hb bulan 2 ada lah hari yang paling bermakna bagi seluruh umat manusia..semua kena ingat hari bermakna.smlm semasa aku nak tido..bulan dalam keadaan cerah ada awam keputihan..kadang kala aku rasa ceria dan bahagia je smlm...
angin bertiup dengan bahagia...walaupun aku solat aku bahagia je...bila agaknya dapat berjumpa dengan beliau..ari ini ramai umatnya selawat ke atasnya. walaupun hujan di pagi hari, ramai manusia tidak putus-putus memujinya..aku ingin ingat kan kepada diri ku supaya selalu mengingatinya

Friday, February 11, 2011

hari sabtu yang sibuk

hari ini kampung aku telah mengadakan kenduri kawin...aku ingat nak g makan je tapi aku rasa aku tidak elok kalau tidak menolong mereka..aku menolong sampai habis..tidak sangka sebenarnya aku ini rajin pulak...ala, klu tidak puji diri sendiri siapa pulak nak puji..betul x? hari ini juga pasukan pahang akan lawan felda..aku minta-minta pasukan pahang akan menang..biar pasukan pahang menjadi pesaing dalam liga malaysia..hari ini juga pasukan MU akan lawan city..aku berharap pasukan MU kalah kerana ingin memberi peluang pasukan arsenal akan menang...hidup arsenal..kakakakak

keje kosong





Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. Keutamaan kepada rakyat Negeri Selangor yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:-


JAWATAN

1. Pembantu Akauntan W17

DOWNLOAD IKLAN

DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN


Semua permohonan hendaklah dialamatkan kepada:
YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR
JALAN BUKIT KERAJAAN
44000 KUALA KUBU BHARU.
(u.p.: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)

Tarikh tutup permohonan pada 28 Februari 2011.

Thursday, February 10, 2011

malaysia boleh


tahniah kepada pasukan malaysia kerana telah membuktikan bahawa mereka adalah pasukan juara asia tenggara..ini kerana mereka telah mengalahkan pasukan bola sepak hong kong..ini membuktikan bahawa malaysia menuju ke puncak yang lebih tinggi..walaupun sekadar pertandingan persahabatan..pemain telah menunjukkan semangat yang tinggi..ini terbukti dalam beberapa percubaan yang dilakukan penyerang malaysia..tiang telah menjadikan penghalang dalam usaha mendapatkan gol..tahniah juga kepada penyokong malaysia yang telah hadir di stadium..semakin hari semakin ramai penyokong malaysia yang datang ke stadium untuk melihat pemain kesayangan mereka bermain..

Monday, February 7, 2011

lega ibubapa

SEPANG – Operasi menyelamat pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir menerusi Ops Piramid merupakan misi untuk kepentingan negara dan bukannya berasaskan pertimbangan politik.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan berbuat apa sahaja bagi menyelamat dan membawa pulang rakyat Malaysia di Mesir ekoran keadaan yang tidak menentu di negara itu.
“Kerajaan mengambil keputusan dalam apa jua keadaan kita akan melancarkan misi menyelamat pelajar-pelajar dan warga Malaysia.
“Misi ini untuk kepentingan negara. Tidak ada pertimbangan politik sama sekali dan tidak kira pertimbangan ideologi, asalkan mereka ini warga Malaysia, mereka mesti diselamatkan dengan kadar segera,” katanya.
Najib berkata demikian ketika menyambut kepulangan kumpulan pertama seramai 778 pelajar dan rakyat Malaysia yang dibawa keluar dari Mesir menerusi Ops Piramid melalui Jeddah, Arab Saudi di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini sema

Friday, February 4, 2011

pemain tempatan ke liga Jepun dan Korea

salam , saya ucapkan kepada semua..tahniah kepada sultan pahang iaitu ke bawah duli sultan ahmad shah kerana memberi peluang kepada pemain tempatan kita beraksi di liga jepun atau korea..ini kerana mereka dapat meningkatkan pemainan mereka pada masa depan..pemain yang akan di hantar ke sana dijangka pada usia muda..memang bagus jikalau pemain muda bermain di sana..jikalau Fam hendak hantar mereka ke sana mesti lah bawah 25 tahun ke bawah dan jangan lah 25 tahun ke atas...jika Fam hendak menghantar 25 tahun keatas mesti lah hantar di rantau asia tenggara sahaja bagi menambah pengalaman mereka. ini kerana liga jepun dan korea corak pemainan diaorang adalah laju..sepatutnya Fam memberi peluang kepada pemain muda contohnya muslim ahmad , khairul fahmi dan juga pemain lain..ini kerana safee sali menyatakan di dalam berita bahawa beliau hendak bermain di liga rantau asia tenggara kerana beranggapan bahawa beliau tidak sesuai bermain di sini..tidak dinafikan bahawa safee sali adalah penyerang yang terbaik pada masa kini di malaysia..beliau mempunyai tendangan yang amat kuat. lagipun sekarang banyak pasukan liga malaysia mengambil pemain muda dalam menguatkan pasukan masing-masing. hal ini dapat dibuktikan bahawa harimau muda A dapat menewaskan pasukan pahang dan pasukan negeri sembilan hanya menewaskan mereka 1-0 sahaja..sekarang dunia telah memandang pasukan jepun merupakan yang terkuat di asia..setiap negara ingin menjadi seperti mereka...jurulatih arsenal pernah melatih pasukan kelab dari jepun dan beranggapan bahawa satu hari mereka akan menjadi persaing kepada pasukan bola sepak eropah dan amerika latin..jurulatih k.rajagopal telah meminta resume setiap pemain bola sepak negara untuk di bawa kepada kelab di jepun dan korea..sekarang adalah masa yang terbaik bagi kemajuan bola sepak negara kerana ia juga disenaraikan dalam perjalanan ke london...

Wednesday, February 2, 2011

Jawatan Kosong di Dewan Bahasa dan Pustaka




Dewan Bahasa dan Pustaka dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk memohon jawatan yang berikut:

1.PEGAWAI TADBIR GRED N41
2.PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27

DOWNLOAD IKLAN

DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN

CARA MEMOHON
Pemohon hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (Borang Personel 27/99) yang boleh didapati di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan, Aras 17, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur atau melalui pos dengan menyertakan sampul surat berukuran 38 cm x 25 cm bersetem 80 sen, beralamat sendiri dan dihantar ke alamat seperti di bawah. Pemohon juga boleh memuat turun borang melalui laman sesawang DBP: http://www.dbp.gov.my.

Borang permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada :

KETUA PENGARAH,
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA,
PETI SURAT 10803,
50926 KUALA LUMPUR.
(u.p.: Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)

Tarikh tutup permohonan pada 14 Februari 2011


Tuesday, February 1, 2011

hari yang malang

smlm merupakan hari yang malang bagi pasukan bola sepak pahang..ini kerana pasukan pahang mengalami kekalahan yang pertama dalam liga super. pahang kalah kepada harimau muda A yang merupakan pasukan junior dan kurang pengalaman..walaupun mengalami kekalahan yang pertama saya yakin pasukan pahang akan bangkit semula..pasukan akan belajar daripada pengalaman yang lepas..sy yakin