Wednesday, August 17, 2011

Jawatan Koosng di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia




PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA

Sejajar dengan tanggungjawab sebagai pemangkin kepada kecemerlangan industri perfileman Malaysia, FINAS berusaha melaksanakan pelbagai transformasi untuk melangkah ke Persada Dunia. Bagi memenuhi matlamat tersebut, FINAS menjemput warganegara Malaysia yang berkelayakan, berpengalaman dan berminat dalam bidang perfileman serta berdedikasi bagi mengisi kekosongan jawatan yang bertaraf pembekal khidmat seperti berikut:


PENGAMBILAN SECARA PEMBEKAL KHIDMAT

(Melalui satu Perjanjian/Kontrak dari setahun ke setahun

berdasarkan keperluan)

1. PEGAWAI TADBIR
KELAYAKAN:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang 18 tahun;
  • Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Komunikasi Massa atau Perundangan yang
  • diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • Mahir berkomunikasi dan menulis laporan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa InggerĂ­s;
  • Mempunyai pengalaman kerja selama 2 tahun dalam bidang perfileman;
  • Fee bulanan diantara RM 3,000.00 – RM 3,500.00 (boleh dirunding)
  • Bilangan kekosongan : 2 Jawatan

FUNGSI BIDANG TUGAS:

  • Membantu menyelaras program mempromosi lokasi penggambaran dan kemudahan perfileman di Malaysia.
  • Membantu menyelaras rangka operasi dan strategi unit sebagai Suruhanjaya Perfileman
  • Membantu menyelaras kawal selia dasar dan peraturan berkaitan bidang perfileman
  • Membantu menyelaras pengumpulan maklumat dan data berkaitan penggambaran filem.
  • Membantu menyelaras, mengurus dan melaksanakan aktiviti-aktiviti unit
  • Melaksanakan tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.

2. PEMBANTU TADBIR
KELAYAKAN:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang 18 tahun;
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  • Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • (Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan/atau mengambil trengkas).
  • Fee bulanan :- RM 1,200.00
  • Bilangan kekosongan: 2 Jawatan

3. PENYUNTING VIDEO (EDITOR)
KELAYAKAN:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang 18;
  • Diploma dalam bidang Kreatif Multimedia, Penyiaran atau berkaitan.
  • Lulus Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia (termasuk Lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan;
  • mempunyai pengalaman kerja selama 2 tahun dalam bidang berkaitan, penyuntingan video
  • Fee bulanan diantara RM 2,500.00 - RM 3,000.00 (boleh dirunding)
  • Bilangan kekosongan: 1 Jawatan

FUNGSI BIDANG TUGAS:
(i) Mempunyai kreativiti dalam membuat suntingan video agar hasil suntingan dapat memenuhi kehendak pelanggan
(ii) Mengendali semua mesin-mesin penyuntingan bagi format SD, HD dan ke atas
(iii) Membuat runding cara dan cadangan kepada pelanggan tentang konsep penyuntingan yang bersesuaian
(iv) Memastikan peralatan dalam keadaan optimum dan membuat laporan kerosakan sekiranya ada

4. EKSEKUTIF PEMASARAN

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang 18 tahun;
  • Diploma dalam bidang Pemasaran atau berkaitan
  • Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan;
  • Mempunyai pengetahuan tentang peralatan perfileman
  • Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya 2 tahun dalam bidang berkaitan
  • Fee bulanan diantara RM 2,000.00 - RM 2,500.00 (boleh dirunding)
  • Bilangan kekosongan: 1 Jawatan

    FUNGSI BIDANG TUGAS
    :
  • Membantu pengurusan Bahagian Pemasaran
  • Menguruskan sewaan peralatan & studio
  • Menerima tempahan dari pihak pelanggan

CARA MEMOHON

(a) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang PKFNM 1/96 yang boleh diperolehi secara percuma dari Unit Pengurusan Sumber Manusia, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia, Kompleks Studio Merdeka, Jalan Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor (Tel: 03-41041300) atau dari laman web http://www.finas.gov.my . Borang salinan pendua boleh digunakan.

(b) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan ‘resume’ dan sekeping gambar terbaru berukuran pasport, salinan Sijil Kelahiran, salinan Kad Pengenalan, salinan Sijil Persekolahan dan kelulusan serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan. Semua salinan dokumen mesti disahkan.


Borang Permohonan Jawatan di FINAS

ALAMAT DAN TARIKH TUTUP PERMOHONAN

(a) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dengan menulis nama jawatan yang dipohon di sebelah atas kiri sampul surat dengan HURUF BESAR dan dialamatkan kepada :

Ketua Pengarah
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia
Kompleks Studio Merdeka, Jalan Hulu Kelang
68000 Ampang, Selangor
(u.p.: Unit Pengurusan Sumber Manusia)

(b) Tarikh tutup: 22 Ogos 2011

CATATAN AM
(a) Hanya pemohon-pemohon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

(b) Segala perbelanjaan bagi menghadiri temuduga jawatan ini ditanggung sepenuhnya oleh pemohon.

(c) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan/maklumat selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

1 comment:

NOOR FATIN said...

wah jawatan kosong! ;D