Friday, December 26, 2014

Sudah 20 Hari


Salam dan selamat pagi..rasanya sudah 20 hari nur aisyah safiyya binti norazman di lahirkan..ayahnya rindu betul dekat anaknya ..maklumlah anak pertama..ayahnya terpaksa berjauhan dengan aisyah disebabkan kerja..i love u my baby 



(Sedapnya tido)

Saturday, December 20, 2014

Tali pusat sudah tercabut

Salam dan selamat petang kepada pembaca blog saya..saya nur aisyah safiyya sudah berusia 15 hari di muka bumi allah swt..hari ini juga tali pusat saya sudah tercabut..tali pusat saya mengambil masa yang lama untuk tercabut berbanding dengan bayi lain..semoga saya sihat dan selamat..
(Comel tidak saya)
(Tali Pusat saya sudah tercabut)
(Saya pakai baju bunga2)

Tuesday, December 16, 2014

Tidur Bertepuk Sudah

Salam dan selamat pagi semua..hari ini adalah hari yang ke sepuluh nur aisyah safiyya dilahirkan di muka bumi allah swt ini..pelbagai ragam sudah ditunjukkan oleh si dia..termasuk lah ketika tido..si dia hendak ditepuk ketika hendak tido..klu xdapat mesti akan menangis..heheh

Thursday, December 11, 2014

Penyakit kuning

Salam dan selamat pagi kepada pembaca blog saya...Hari ini pagi-pagi sudah bawa nur aisyah safiyya ke klinik untuk mengetahui penyakit kuning..saya sabar je dengar dia menangis sebab kena cucuk jarum..mungkin ini lah pengalaman saya apabila bergelar seorang bapa..risau tidak tentu pasal..esok nur aisyah safiyya diminta hadir ke hospital pulak


(Nur aisyah safiyya di dalam kereta)

Wednesday, December 10, 2014

Syukur kepada Allah swt

Salam dan selamat malam kepada pembaca blog.saya bersyukur kepada allah swt yang telah menganugerahkan saya seorang anak perempuan yang sihat dan comel..setelah isteri saya menggunakan seluruh tenaga untuk melahirkan anak saya..barulah saya memahami dengan lebih tetap makna kasih ibu membawa sampai ke syurga..wahai anak-anak hargai ibu anda terutamanya lelaki..


(Nur aisyah safiyya)

Friday, December 5, 2014

Waktu semakin hampir

Salam dan selamat pagi saya ucapkan kepada pembaca blog saya..sesiapa yang sudah menjadi bapa..mesti mengalami perasaan seperti saya(anak yg sulung je..kedua dan ketiga mst tidak kan)..hanya allah swt sahaja tahu..
(Sehari sebelum masuk wad)

(muka hendak masuk wad)
(Pagi2 datang Demi isteri tercinta dan dikasihi)

Saturday, November 29, 2014

Semoga allah swt permudahkan

Salam dan selamat malam pembaca blog malaysia..sudah lama rasanya sy tidak menulis blog..hendak cakap sibuk,tidak jugak..maklumlah kerja tidak berapa..hehehe. saya berdoa gambar di bawah dalam keadaan sihat dan bahagia bersama keluarga dan ahli baru tidak lama lagi..      

Wednesday, July 16, 2014

Gadis steering lock dan Peugeot




Salam dan selamat malam kepada pembaca blog saya..dua hari ini negara kita dikejutkan dengan berita pembuli jalanan atau gadis steering lock yang cukup popular di fb dan tweet..berita ini bukan sahaja tergempar di malaysia tetapi masyarakat luar negara mengikuti perkembangan ini..lihatlah bertapa dahsyatnya seorang gadis mengamuk di bulan pose..walaupun blh dikatakan bukan salah dia tetapi dimanakah ajaran islam ketika di bulan pose..saya tidak mahu menyalahkan sesiapa..tetapi biar keadaan menentukan..hehehhe

Sunday, July 13, 2014

Bersama-sama kita berdoa

Salam dan selamat petang kepada pembaca blog sy..semoga semuanya sihat..disini saya ingin menyatakan bahawa penduduk malaysia menikmati kehidupan yang lebih baik daripada penduduk gaza atau tebing barat...siapa sangka dahulu tebing barat dan gaza luas semakin hari semakin kecil..sebab apa isreal hendak sangat masjid asar dan kenapa mereka menyerang penduduk awam..rupanya alasan mereka adalah kes pembunuhan 3 rakyat isreal dan mereka mahu membalas dendam..dan tujuan ini adalah sebab utama utk menghancurkan masjid asar..kenapa mereka hendak sangat membunuh penduduk gaza dan tebing barat..kerana penduduk ini jihad dan tidak takut berbanding umat islam yang lain..mereka tidak mengerja harta benda seperti penduduk umat islam yg lain..nanti sambung lagi

Sunday, June 29, 2014

Juadah Ramadhan


Salam dan selamat pagi kepada pembaca blog saya..saya ingin mengucapkan tahniah kepada sesiapa yang berpuasa dan hari ini..kita mesti lah bersemangat dalam menyambut bulan ramadhan ini kerana kita mendapat nikmat yang tidak terhingga..apa yang saya ingin katakan di sini..para peniaga yang berniaga di bazar ramadhan..carilah rezeki yang halal.contohnya semalam sy membeli lauk ikan kari untuk berbuka puasa..sambil sedap makan sy melihat perut ikan dan insang tidak dibuang..masa itu allah swt sahaja tahu perasaan sy..moral kat sini masak lah dirumah lps ini..

Monday, June 23, 2014

Pahang Negeriku


Salam dan selamat pagi kepada pembaca blog saya..sementara bersantai dengan menonton perlawanan belanda dan chile..saya ingin menulis pasukan tempatan yang saya sokong iaitu pasukan Pahang Darul Makmur..Lihatlah kebangkitan pasukan kegemaran saya dari tahun ke tahun memenangi piala dalam negara kita..saya bangga apa yang dollah saleh buat iaitu membawa pemain yang betul-betul main di dalam pasukan pahang..Eranya di teruskan sehingga ke zainal abidin..hehehhe. saya tahu liga kita tidak sebagus liga luar tetapi siapa lagi yang hendak sokong kalau bukan rakyat malaysia..hehehe.kita ambil chile yang mana liga negara itu tidak popular tetapi rakyat memberi sokongan 100 peratus dalam piala dunia..kita patut mencontohi pasukan yang tidak popular tetapi bermain bersungguh-sungguh..tidak mungkin satu hari nanti malaysia boleh kalahkan jepun..

Sunday, June 22, 2014

Besar DugaanNya


Salam dan selamat pagi kepada pembaca blog sy..Gambar yg saya letakkan bukan ingin menghina atau apa2 kepada budak ini..saja ingin mengkongsi bersama dugaan yang di terima oleh budak ini dan keluarga beliau..Budak Pereempuan ini mengalami kanser tulang belakang yang mana akan menyebabkan seseorang mengalami lumpuh kekal..Budak ini baru sahaja berusia 9 tahun dan tidak boleh menikmati kehidupan seperti kanak-kanak yang lain..Sepanjang hidupnya akan bertemankan dengan kerusi roda..Ayah dan ibunya terpaksa membawa beliau ke kuala lumpur dengan bas kerana tidak mempunyai kenderaan dan terpaksa menggunakan air-cond sepanjang duduk dalam umahnya..Beliau tidak boleh terdedah sangat dengan cuaca panas kerana kuman akan mudah merebak.. Saya berdoa Allah swt supaya memberi kesembuhan kepada budak dan menjalani kehidupan seperti budak biasa..amin

Friday, May 23, 2014

Jikalau Benda ini Benar

Assalam dan selamat pagi semua kepada pembaca blog saya..jikalau Khabar angin ini Benar..rupanya ramai rakyat malaysia makan babi ye..para pengguna islam sepatutnya boleh saman syarikat ini kerana bahan mereka mengandungi kandungan terlarang bagi umat islam..knp agensi kerajaan malaysia boleh melepaskan produk ini..klu benar??


Friday, April 25, 2014

Malam Cinta Rasul


Salam dan selamat pagi kepada pembaca blog sy..pada hari khamis yang lepas satu program selawat ke atas rasulullah saw telah di adakan di padang mpk 2 kuantan..seramai hampir 50 ribu yg hadir di sana..saya ucapkan tahniah kepada penganjur dan orang ramai yang hadir..semoga program keislaman lebih banyak di lakukan daripada program hiburan..

Monday, April 7, 2014

Sambut Harijadi Lebih Awal..

salam dan selamat petang pembaca blog saya..mst tengok gambar cakap saya koya..sebenarnya ini bukan hari jadi saya tetapi abg ipar saya...sahaja nak menunjukkan bahawa saya sokong pasukan bola sepak tempatan iaitu pahang..buat apa nak bangga dengan pasukan luar negara walaupun saya peminat arsenal..ada kaitan ke sambutan hari jadi dengan pasukan bola sepak???????????

Saturday, March 29, 2014

semoga MH370 dijumpai

Salam dan selamat pagi kepada pembaca blog sy..sy berharap mh370 dapat dijumpai walaupun bangkainya..marilah kita berdoa kepada allah swt supaya kita dapat memjumpainya..amin    

Thursday, March 20, 2014

Dr azizan osman

salam dan selamat pagi kepada semua pembaca blog saya..siapa pernah pergi ke seminar dr azizan osman..mesti pernah kan..dan berasa semangat mengikut seminar beliau..beliau merupakan seorang jutawan yang berjaya di dalam negara kita..berasa bangga jika banyak anak bangsa melayu menjadi jutawan ..insya allah saya juga ingin mengikut langkah beliau..semoga allah swt kabulkan doa saya ini...amin

Tuesday, March 18, 2014

Menziarahi Keluarga Mangsa Hilang Di lautan China Selatan

salam dan selamat malam kepada pembaca blog saya..Hari ini Yb Inderapura telah menziarahi sebuah keluarga yang mana , anaknya sudah terjatuh di lautan ketika mencari rezeki untuk keluarga..usaha mencari telah dilakukan oleh APNM dan masyarakat nelayan kuantan..mangsa hilang ketika hendak membuang air kecil di kawasan belakang boat nelayan..semoga anak keluarga ini dijumpai dalam keadaan selamat                


Wednesday, March 12, 2014

Jerebu Di Kuala Lumpur

sila tengok dan berapa teruknya jerebu ini terutamanya di kuala lumpur dan selangor..saya berharap kita banyak bersabar dan berdoa kepada allah swt untuk menurunkan hujan..amin



Monday, March 10, 2014

Tahap Kualiti Udara

Salam Dan Selamat Pagi semua kepada pembaca blog saya...saya berharap anda semua sihat pada masa kini kerana cuaca pada masa adalah musim kemarau..Ia akan memyebabkan kita semua mengalami batuk dan disarankan kita banyak minum air suam dalam masa sehari..Gambar yang saya ditunjukkan adalah tahap kualiti udara di sekitar perumahan taman seri inderapura dan taman indera sempurna amat memedihkan hidung serta memeritkan tekakakibat asap tebal hutan terbakar di kiri dan kanan jalan kuantan pekan..dulu kuantan dilanda banjir besar sehingga merosakkan harta benda yang banyak dan sekarang musim kemarau pulak..marilah kita berdoa bersama supaya bencana alam ini dijauhkan dari negara kita malaysia , khususnya bandar kuantan


Sunday, March 9, 2014

Jalan Penor - Pekan , Pahang

Salam dan selamat pagi kepada pembaca blog sy yang saya cintai dan sayangi..Disini saya tidak akan menceritakan tentang pesawat Mh370 kerana saya bukan ada pengalaman dalam bidang penerbangan..biarlah pihak berkuasa menjalankan tugasnya dan moga2 pesawat itu dijumpai..saya hanya berdoa kepada allah swt sahaja..Perasaan tidak negara kita sudah lama tidak dibasahi hujan khususnya di kuantan..musim panas ini akan menyebabkan banyak kebakaran berlaku khususnya di kawasan kering kontang..ini terbukti apabila tanah gambut di jalan kuantan- pekan khusunya di kawasan penor mengalami kebakaran seluas 50 ekar dan berjaya dipadam sebanyak 10 ekar..tanah gambut mungkin daripada perbuatan manusia dan alam semulajadi..akibat kebakaran ini asap yang tebal akan muncul di lebuhraya kuantan pekan dan akan menyebabkan berlaku kemalangan jalan raya..lihatlah kemalangan ini berpunca daripada asap kebakaran hutan tanah gambut..saya nasihati sesiapa yang memandu pada musim kemarau ini jangan memandu terlalu laju sehingga merbahayakan penguna yang lain.. 








nasib baik tiada kecederaan yang serius berlaku..yang paling penting ikut lah arahan polis dan bomba apabila berada di kawasan jelebu dan kebakaran hutan tepi jalan

Wednesday, March 5, 2014

Akhirnya sihat Juga

Salam dan selamat petang kepada pembaca blog sy..kita patut bersyukur kepada allah swt kerana kita diberi ujian pada bulan ini..selepas musim banjir sudah pergi, negara kita mengalami musim kemarau..kita diberi ujian seperti sungai kering , pokok banyak mati dan terbakar , serta masalah jelebu..Daripada masalah tersebut kita menerima kesannya termasuk demam dan batuk..banyak budak-budak menerima kesan ini termasuklah kedua-dua anak saudara saya..mereka demam hampir seminggu kerana berminat di luar rumah serta tubuh badan tidak cukup air..saya berharap ibubapa tidak memberi anak-anak berminat di luar rumah pada musim ini..ini kerana haba di bumi sangat panas dan boleh mendapatkan penyakit..jikalau anak-anak sakit mereka akan tidak bermaya dan kurang makan (termaksud mereka)..lihatlah gambar ini..pak saudara mana yang tidak suka jika melihat anak saudara dah sihat..blh tangkap gambar lagi..heheheh


Monday, March 3, 2014

Bercuti Merapatkan Hubungan

salam dan selamat pagi kepada pembaca blog saya..disinikan saya akan menceritakan sedikit mengenai percutian saya pada minggu lepas..saya mengambil masa yang lama untuk bercuti dengan isteri saya..ini kerana saya dan isteri saya terlalu sibuk dengan kerja masing..sehingga badan menjadi letih dan penat..sempena dengan bulan cuti sekolah , saya telah mengambil cuti untuk merapatkan hubungan dengan isteri sambil melihat kekuasaan allah swt di sebuah pulau..sambil berehat saya boleh melihat kehidupan lain yang berada di bumi ini..selain itu juga percutian di dalam negara perlu persediaan yang rapi..ini kerana kita akan mengalami musibah yang tidak akan kita tahu..saya bersyukur kerana dapat isteri yang memahami saya ketika sedang bercuti..selain itu beliau juga mengingatkan saya tentang jangan tinggal solat ketika bercuti..tidakkah saya berasa bersyukur kerana mendapat anugerah dari allah swt

Sunday, February 23, 2014

Ibu Menteri Besar Pahang meninggal dunia











Innalillah Wainnalillahirojiun.Arwah meninggal dunia di Hospital KPJ Damansara jam 10.50 pagi tadi dan akan dikebumikan di tanah perkuburan Barak, Bentong