Wednesday, December 16, 2015

#Lazada terbaikklah

Salam dan selamat pagi kepada pembaca blog saya..sempena harijadi anak saya yg lepas..saya telah shopping online di lazada..harga dia memang sesuai dengan barang..barang pulak boleh sampai ke rumah..memang terbaikk..tengok lah anak perempuan saya boleh merempit sampai terjatuh..hehehe





Monday, December 14, 2015

#Parti Harijadi yang Pertama

Salam dan selamat pagi kepada pembaca blog saya..pada 6.12 merupakan hari yang paling indah bagi saya dan isteri..ini kerana lahirnya puteri yang menyerikan lagi kehidupan kami suami dan isteri..saya berasa syukur sangat kepada allah swt yang memberi saya rezeki ini..amin..(biar gambar menceritakan segalanya)






Thursday, December 3, 2015

#lawak yang terbaik

Salam dan selamat pagi kepada pembaca blog saya..macam lawak je apa yang di tulis oleh bangla ini..tetapi ingat jika betul apa yang ditulis oleh beliau..negara kita akan dikuasai oleh mereka dari segi ekonomi,perkhidmatan dan sebagainya..almaklum lah dalam masa tiga tahun mereka berada di malaysia 1.5juta orang..bukan saya cakap tapi TPM yang cakap..ye rezeki di muka bumi allah swt yang kasi..pemikiran saya tidak sempit..tetapi bersederhana dalam pelbagai benda adalah sunnah nabi kita..contohnya pengambilan pekerja dari luar negara😱😧😱😱😱

Wednesday, December 2, 2015

#subsidi perlu dihapuskan ????

Salam dan selamat pagi saya ucapkan kepada pembaca blog saya..tajuk yang saya tulis ini bukan kutuk orang tetapi sebagai rakyat biasa mungkin terasa jika barang keperluan kita naik..ditambahkan subsidi barang dihapuskan..sebagai rakyat biasa kita tidak pakai benda free dan semua benda kena bayar..mana ada barang turun walaupun minyak turun.???

Tuesday, December 1, 2015

#Di manakah negara islam

Salam dan selamat pagi kepada pembaca blog saya..maaf jika saya menulis di blog saya membuat anda rasa marah..sekarang turki da russia mengalami hubungan dinggin...Menembak pesawat Sukhoi 24 Rusia di atas wilayah udara Turki pada hari Selasa (24 Nov)  mengheret hubungan pemerintahan Ankara dan Moscow dalam bibir jurang perang tentera terbesar di abad ke-21.

Selain pemutusan hubungan diplomasi sepihak yang dilakukan oleh kerajaan Putin pada minggu lalu, Moscow juga merancang akan memutuskan hubungan ekonomi dengan Ankara yang dituduh sengaja menembak SU 24 di wilayah sempadan Syria.

Akan tetapi apa saja yang harus diberi perhatian oleh Rusia jika benar-benar ingin menggelar pencerobohan tentera terhadap Turki?

Berikut laporan Journal of America "National Interest" mengenai 6 perkara yang perlu difikirkan Rusia sebelum menyerang Turki:

1. Pesawat F-16 dan Peluru berpandu Jarak Menengah AIM-120 AMRAAM

Angkatan Udara Turki mempunyai sekurang-kurangnya 250 pesawat F-16, dan 30 di antaranya adalah F-16 Blok-50 yang merupakan versi terbaru dari pesawat ini.

Selain mempunyai ratusan pesawat udara, pesawat-pesawat F-16 Turki juga dilengkapi dengan peluru berpandu jangka sederhana AIM-120 AMRAAM yang mampu menjangkau sasaran sejauh 50 kilometer. Sebuah ancaman nyata bagi Tentera Udara Rusia.

Selain terkenal dengan ketepatan sasaran yang tepat, peluru berpandu AIM-120 AMRAAM juga boleh dilancarkan dari permukaan tanah ke udara.

2. Alat Gangguan Elektronik (Coral)

Ini adalah peralatan perang elektronik terbaru yang dibuat untuk mengelirukan dan menipu radar dan peralatan elektronik musuh baik di permukaan tanah, laut maupun udara.

Coral boleh digunakan untuk menggagalkan sasaran serangan musuh terhadap kemudahan-kemudahan ketenteraan milik Turki.

Peralatan yang dihasilkan oleh syarikat senjata dalam negeri "Oslaslan" mempunyai liputan 150 kilometer persegi.

3. Kapal Selam Kelas Gore

Mempunyai 4 kapal selam kelas Gore yang dihasilkan oleh Jerman, kapal selam yang boleh diam di dalam air ini boleh menjadi pembunuh tersembunyi bagi peralatan ketenteraan Rusia yang ditempatkan di Laut Mediterranean.

Kapal selam kelas ini dilengkapi dengan peluru berpandu Harpoon anti-kapal dan Tiger Fish peluru berpandu.

4. Kapal Peneroka Model "Ada"

Kewujudan kapal jenis ini merupakan ancaman serius bagi peralatan ketenteraan Rusia yang beroperasi di Laut Mediterranean. Direka dan dibina oleh anggota tentera Turki, kapal jenis Ada dilengkapi dengan 8 peluru berpandu Harpoon, dan meriam canggih dengan kelajuan tinggi.

5. Pasukan Khusus Katak Turki

Merupakan unit terbaik di antara pasukan elit Turki, pasukan Katak Turki boleh bekerja di semua lingkungan, dan menyelinap di belakang garis musuh baik dari laut ataupun darat.

6. Nato

Dan terakhir yang harus diambil kira Rusia jika ingin menyerang Turki adalah Pertubuhan Perjanjian Atalantik Utara atau yang dikenal Nato. Mana negeri Beruang Merah akan menghadapi negara-negara kuat Eropah dan AS jika berani menyerang Turki.

Perlu diketahui bahawa negara-negara anggota Nato wajib ikut serta membela jika ada salah satu anggotanya yang diserang.


(Gambar sekadar hiasan sahaja)

Sunday, November 29, 2015

#Jangan Marah ye

salam dan selamat malam kepada pembaca blog saya..imej yang dipaparkan di blog saya tidak kutuk sesiapa pun..cuma untuk peringatan kepada diri saya sendiri..amin.

Friday, November 27, 2015

#keadaan di kuantan pada masa kini

Apa hendak jadi lah kat kuantan...hendak  bising pun tidak boleh..sebab saya tidak dapat projek ini..klu saya dapat projek ini pun sama..

Sunday, November 8, 2015

#Pokok limau

Salam dan selamat pagi kepada pembaca blog saya..sepanjang hidup 30 tahun hidup ari inilah saya melihat pokok limau kasturi setinggi ini..dah tinggi tapi buahnya lebat pulak..selalunya tengok pokok dia rendahnya..klu diikutnya harga semasa buah limau ini rm8/kilo..klulah saya tanam banyak-banyak pokok ini..kaya rasanya..hehhe..pokok limau ini mungkin subur rasanya.itu sebab saya mengambil sedikit je..klu ambil banyak nanti dikhabarkan tamak pulak..hehe

Sunday, November 1, 2015

#Al-quran assharif


Salam dan selamat pagi kepada pembaca blog saya..dah lama saya tidak update blog saya..hari saya saja menangkap gambar kelas mengaji di indera mahkota..dikhabarkan seorang dato telah membuka pusat mengaji percuma sesiapa yang ingin belajar...siapa sangka bahawa rezeki yang allah swt bagi kepada dato ini digunakan secara elok..rezeki ini buka di gunakan di dunia sahaja tetapi di akhirat nanti..amin

Thursday, October 22, 2015

#mencari idea di melaka part 1

Salam dan selamat pagi kepada pembaca blog saya..siapa pernah minum coconut shake origanal di melaka..mesti rasa sedapkan..semalam saya kesempatan pergi ke sana bersama anak dan isteri..saya melihat bagaimana perusahaan coconut shake di melaka ini berkembang maju..pelbagai masyarakat malaysia singgah di tempat tersebut untuk minum , tidak kira bungkus atau minum..sedikit sebanyak saya boleh mengambil ilmu bagaimana tempat ini boleh menarik masyarakat pelbagai kaum datang minum dan makan dari segi aturan , promosi dan sebagainya..tempat ini dekat dengan dataran 1malaysia..sesiapa yg ingin mencuba silalah pergi kesana

Wednesday, October 21, 2015

#taat perintah allah swt baru dapat

Salam dan selamat pagi pembaca blog saya..sekadar kongsi ilmu..
....moga kita semua menjadi lebih baik..amin

Tuesday, October 20, 2015

#jerebu tanda kiamat kecil???

Salam dan selamat pagi kepada pembaca blog saya..ini kali kedua malaysia dilanda jerebu dalam tahun ini..jerebu tahun ini dikatakan paling teruk dialami oleh malaysia..selepas rakyat malaysia melakukan solat hajat untuk hujan turun,allah swt telah menurunkan hujan tetapi jerebu datang kembali..jika kita orang beriman blh lah kita berfikir sedikit adakah ini tanda-tanda kecil hari kiamat sudah hampir..(akan muncul asap putih dari timur-klu salah harap maafkan saya)..jadi marilah kita kembali ke jalan allah swt..amin

Monday, October 19, 2015

#bersabar dengan dugaan

Salam dan selamat pagi kepada pembaca blog saya..semalam kecoh tentang video pemilik kenderaan memukul pekerja car wash(dengan izin saya menggunakan bahasa inggeris) yang diviralkan di facebook..kita boleh tengok akhlak pemilik kenderaan tersebut..ye saya tahu kereta itu mahal dan tidak boleh kotor..tetapi jangan buat macam 2..klu hendak bersih sangat basuh lah sendiri..mesti boleh tahu berdih ayau tidak..bagi saya tingkah laku tersebut tidak elok..berbudi bahasa sikit dengan orang lain tetapi kalau mereka kurang ajar.(pandai2 lah nak bt macam)..dalam masa 3 tahun..mereka akan bertambah dekat malaysia..1.5 juta 2..jadilah bersabar lah dalam menghadapi dugaan

Saturday, October 17, 2015

#Jagalah rambut anda wahai wanita

Salam dan selamat petang kepada pembaca blog saya..saya kongsi info skt untuk semua

Minta saya dijauhi dari semua ini..amin

Friday, October 16, 2015

#syukur kepada allah swt

Salam dan selamat petang kepada pembaca blog saya..syukur kepada allah swt kerana anak saya akhirnya minum susu kambing..bukan memilih dalam bab makanan atau minuman tetapi sekurang-kurangan saya berusaha untuk allah swt..susu kambing adalah yang kedua terbaik selepas susu ibu..khasiatnya hampir sama dengan susu ibu(jika saya salah harap maafkan)..jika isteri saya kekurangan susu boleh lah anak saya minum susu kambing..susu kambing ini bukan sahaja untuk bayi tetapi sesuai jugak untuk orang dewasa..klu sesiapa yang ingin memilih susu kambing ini baiklah memilih susu kambing campur dengan buah kurma..sedap sgtπŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»

Tuesday, October 13, 2015

#air jampi

Salam dan selamat petang kepada pembaca blog saya..selamat menyambut maal hijrah kepada umat islam..hari ini tv9 telah menyiarkan berita mengenai air jampi dan air yang menggunakan bacaan al quran untuk dijual..seeloknya bagi pendapat saya,hendaklah kita membaca sendiri dan berdoa kepada allah jika kita menimpa masalah dari kesihatan atau keburukan..ayat al quran bukan untuk dijual beli..kalau salah pendapat saya..harap maafkan..jabatan agama islam pahang sudah menyarankan kepada masyarakat pahang jangan membeli air jampi tersebut..

Monday, October 12, 2015

#mudahnya menjemput rezeki

Salam dan selamat pagi kepada pembaca blog saya..jom kita amalkan amalan pembuka pintu rezeki..amin

Thursday, October 8, 2015

#makin hari makin meriah

Salam dan selamat pagi pembaca blog saya..perniagaan merupakan sesuatu benda yang amat mencabar dalam kehidupan..nabi muhammad saw telah berkata bahawa sesiapa yang ingin kaya,9/10 rezeki datang dari berniaga tidak kira kecil atau besar..berniaga akan menjadikan kita tabah dan sabar menghadapi kehidupan..

Wednesday, October 7, 2015

#Kaedah merawat isteri sakit kepala atau stress

Baringkan isteri di riba suami, tangan kanan suami letakkan dikepala isteri sambil picit kepala isteri dengan pelahan dan bacakan surah al-fatihah berulang-ulang sehingga isteri lega atau tertidur, kucup dahi isteri dengan penuh kasih sayang, sambil berkata "saya sayang awak" InsyaAllah sakit kepala/stress isteri seharian bekerja dan menjadi surirumah akan hilang.

# jika suami yang sakit kepala isteri boleh lakukan kaedah yang sama...
  
(Dekat anak-anak mungkin boleh jika sudah besar)..#info dari fb

Tuesday, October 6, 2015

#jom kita amalkan membaca al-quran

Salam dan selamat petang pembaca blog saya..jom kita amalkan menbaca al quran dengan hati yang tenang..semoga allah memberi rahmat kepada sesiapa membaca al quran..amin

Monday, October 5, 2015

#Malaysia sudah sain TPP???

Salam dan selamat petang kepada pembaca blog saya..hari ini kecoh didalam berita atau media sosial tentang TPP..adakah malaysia sudah sain atau tidak mengenai perjanjian TPP..saya berharap kerajaan malaysia fikir sedalam-dalamnya mengenai hal ini..rakyat malaysia sudah banyak yang berilmu..jangan lah buat macam Zaman dahulu kala..keluar dari lapangan terbang disambut sebagai hero tetapi rakyat tidak tahu apa2..zaman sekarang sudah lain..

Sunday, October 4, 2015

#Proton keluar kereta baru

Salam dan selamat pagi kepada pembaca blog saya..walaupun terlambat siarkan tentang keluaran terbaru kereta proton tapi bagi saya tidak apa lah..bila terlihat gambar terbaru kereta proton..tiba-tiba saya rasa bangga dengan syarikat proton..biarlah orang hendak cakap apa..kereta tin kosong atau tidak terpulang lah kepada diri sendiri..kita patut bangga syarikat proton adalah kepunyaan orang islam yang pertama di dunia..harap2 kereta ini tidak mahal supaya rakyat malaysia mampu memiliki..termasuk saya..amin

Saturday, October 3, 2015

#majlis sambutan hari pertanian 110 jabatan pertanian negeri pahang di inderapura

Salam dan selamat pagi kepada pembaca blog saya..semalam merupakan 110 tahun penubuhan jabatan pertanian negeri pahang yang mana disambut oleh pekerja pertanian dan rakyat negeri pahang..pelbagai karnival diadakan antaranya pameran jentera,makanan,pertanian dan buah-buahan




Thursday, October 1, 2015

#rezeki allah swt di mersing


Salam dan selamat petang kepada pembaca blog saya..jikalau kita berusaha  mencari kerja yang halal kita akan mendapat ketenangan dalam kehidupan..biarpun duit sedikit tapi kita bahagia bersama..selagi kita amanah dan jujur dalam pekerjaan allah swt kita rezeki yang tidak terhingga

Wednesday, September 30, 2015

#minyak di malaysia naik 10sen

Salam dan selamat pagi..hari ini 1/10/2015 kerajaan malaysia telah harga minyak mentah sebanyak rm0.10 sen..saya berharap kenaikan minyak mentah tidak mempengaruhi harga barangan yang lain..amin..klu harga barang peniaga kedai makAnan dan syarikat pengangkutan terpaksa naikkan sewa

Tuesday, September 29, 2015

#serupa tapi tidak sama

Salam dan selamat petang kepada pembaca blog saya..cuba tengok gambar yang saya letakkan..siapa yang comel dan putih..belah kiri atau kanan..senyum pun dah sama..tetapi mereka adalah penyeri hidup saya..semoga allah memberkati mereka..amin

Monday, September 28, 2015

#selamat menyambut hari kopi antarabangsa

Salam dan selamat tengahari kepada pembaca blog saya..hari ini jerebu makin tidak berkurangan..hendak cakap tengahari dan petang pun xtahu..kecuali tengok jam..marilah kita berdoa supaya negara kita pulih seperti biasa..amin..kepada penggemar kopi malaysia,pada 29 september ini adalah hari kopi antarabangsa..dengan pembelian kopi wonda anda mungkin boleh memenangi hadiah yang lumayan..

Friday, September 25, 2015

#menziarahi kubur arwah tok di terengganu

Salam dan selamat malam kepada pembaca blog saya..sempena cuti hari raya haji ini marilah kita menziarahi saudara kita yang masih hidup..jangan lah kita putuskan hubungan sanak saudara yang masih ada..hargai lah mereka semua..amin

Wednesday, September 23, 2015

#waktu solat hari raya haji di pahang

Salam dan selamat pagi kepada pembaca blog saya..sekejap lagi mesti umat islam hendak bersiap-siap untuk menunaikan solat sunat hari raya haji..klu kita terlambat menunaikan akan rugi..kalau di pAhang waktunya pada pkl 8.15 pg..bagaimana di tempat anda pula??

Sunday, September 20, 2015

#Gambang safari park kedua terbesar di Asia tenggara

Salam dan selamat pagi kepada pembaca blog saya..minggu ini merupakan minggu cuti sekolah dan hari raya haji akan tiba..jika sesiapa yang ingin bercuti bersama keluarga marilah datang ke gambang waterpark di kuantan..selain ada gambang waterpark terdapat juga gambang safari park merupakan yang kedua terbesar di asia tenggara selepas di thailand..taman haiwan ini terdapat pelbagai haiwan dari yang kecil hingga yang besar..kalau berjalan kaki mengambil masa lima jam jika melawat semua tempat tersebut termasuklah pertunjukkan..(lama sungguh)..di dalam gambang safari ini terdapat makanan dan minuman..jangan risau..petugas-petugas safari juga mesra alam..apa lagi jomlah datang..

           (ada tiga singa putih di dalam ini)



(pengalaman paling manis singa ini kejar bas kami naiki..memamg terbaikk..mcm dekat luar negara)

Saturday, September 19, 2015

#acara membaca puisi

salam dan selamat pagi kepada pembaca blog saya..minggu ini adalah minggu paling sibuk bagi keluarga saya kerana kami terlibat dengan acara di kuantan (berniaga lah..hehehe)..Di kuantan telah ada satu pusat kesenian bagi penggiat seni contohnya pembaca puisi dan pemuzik..ini ada lah usaha pelukis-pelukis negeri pahang yang mewujudkan pusat ini dengan usaha dan kewangan mereka sendiri yang terletak di taman cenderawasih kuantan..lihatlah tempat mereka yang menarik ini..lagi satu baru pertama kali melihat puisi didengarkan dengan alat muzik..nampak sangat hulunya


(orang kl , pelajar universiti malaysia pahang pun mengambil bahagian)


(orang ramai sudah hadir untuk menyaksikan acara puisi)


(cantik betul biskut makcik ini..sedap jugak..tapi bukan saya buat)